Saturday, 11 August 2012

coretanku



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul, 
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, 
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan segala nikmat pemberian & hikmat di sebalik pemberian tersebut...


semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum, 
Teruskanlah hidup ini supaya setelah kita mati nanti, 
Kita yang akan tersenyum dan orang di sekeliling kita pula yang akan menangis...


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, 
Yang lain akan terbuka tapi lazimnya, 
Kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama, 
Hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita...

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan lalu yang telah dilupakan, 
Kita boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehinggalah kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam...

Kawan yang paling baik adalah insan yang boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun, 
Dan kemudiannya berjalan pulang dengan perasaan, 
Bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah di alami...


Kebahagiaan terletak pada mereka yang menangis, terluka dan mereka yang telah mencari dan mencuba, 
Hanya mereka sahaja yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh kehidupan mereka...


Memang benar kita tidak akan sedar, 
Apa yang telah kita miliki sehinggalah kita kehilangannya, 
Dan juga benar kita tidak sedar apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang...


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dengan memiliki segala yang terbaik, 
Kita hanya membuat yang terbaik di dalam hampir apa sahaja, 
Yang datang di dalam perjalanan hidup kita...


Selalu bayangkan diri kita berada di dalam situasi seseorang jika kita terasa ianya menyakitkan kita, 
Fikirkanlah yang ianya mungkin menyakitkan orang lain juga...

Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, 
Percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, 
Kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan, 
Dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia...

Thanks baca entry ni . Jangan lupa like dan komen tau!

1 comment:

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Wow !:)) Nice entry yaa :)